15 July, 2012

UMK Jeli, here i come

Salam. Saat aku menulis entry ni aku still termangu – mangu. Sebab semalam(13/7) result UPU baru release out. Yes aku tak mengharap dapat mana – mana pun, asalkan dapat. Almost a year aku jadi mysterius graper so aku sebolehnya nak sambung degree. Rasa tergantung tak bertali je kalau belajar setakat diploma. Mana – manapun tak kisah asalkan UPM, asalnya UPM jelah yang aku nak. Sebab dah rasa sayang pada UPM (padahal time konvo kene marah dengan pakcik pentadbiran terus berazam taknak jejak kaki ke UPM Serdang dah.) but I still can’t forget all about UPM, tou its forgotten all about me. By the way, no reason they must remember me. I’m not even MTM.

Settle permohonan sudah, berdoa sudah pasti, solat hajat adalah jugak buat sekali sekala. Akhirnya semalam persoalan dimanakah aku akan berada akhirnya terjawab jugak. Dengan rasa debar algebra, aku taip UPU RESULT 90*********0 dan terus di sent ke 15888. Tepat jam 12tengahari. Duaploh menit kendian, baru berjawab. Fon aku ni stail kalo incoming msj memang ada notification kt atas bar (zaman smartfon kan? Dimana manusia semakin bodoh dan teknologi semakin bijak). Ternampak KOD LG32. So aku rasa lega yang teramat sebab dapat sambung degree. Well, wait. Rasanya kod sebegitu macam kat UMK? So aku berlari – lari pulak macam kehilangan anak. Cari copy of my permohonan. Perghhhh! Aku dapat course IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN(SAINS PETERNAKAN) DENGAN KEPUJIAN SIAP HEHE.

Aku sedikit kecewa sebab of kos aku nak course Sains ternak kat UPM sebab kawan – kawan aku berlambak kat sana. Dan aku sedih bila mak cakap nak buat kenduri doa selamat kalau aku dapat UPM. UPM ok. Sebab UPM paling dekat dengan rumah selain UIAM and.. and UITM Jengka -.-“ . so kalau aku dapat UMK ni, maknanya takdelah dia nak buat kenduri. Satu pelemah semangat pada asalnya. Tapi tiba – tiba Allah bagi ketenangan. Mesti ada hikmah aku kena campak jauh sampai Kelantan ni. So aku rasa hepi semula kikiki…

Then bila parents tau aku akan ke UMK, mula – mula mak senyap je, macam takde perasaan but abah aku macam biasalah. Sporting as ever and siap cakap nak shopping lagi kat sana. Mak pun ok je actually. And semua family member pun ok je. Tak kisahlah. But if aku dapat panggilan SPA utk Vet assistant memang aku akan pergi. InsyaAllah.

So far, maybe aku akan ditempatkan kat UMK kampus Jeli (kot la. Tak sure lagi.) so dah check map GPS bagai how to reach Jeli. Quite tiring journey but I can work on it. Pegi JB dari Raub  287km pun selamba je balik hari. Kihkih..

Tak dinafikan, dah tentu – tentu Kampus Jeli ni ada kekurangan lagi sebab masih baru kan. So aku try searched for my senior punya blog pulak. Ada yang komplen macam – macam yang tak elok pasal Jeli ni but tak kurang yang memuji. But according to my dad, dia cakap Jeli ni dah banyak pembaharuan dah. So tak payah risau. For my own opinion, asalkan ada makan, minum, air nak mandi, tempat exercise, library and bilik hostel, dah memadai pun. Bonus pulak kalau ada Mall. But rasanya takde kot? Mart maybe ada.  Its ok. I don’t mind. At all. Yang penting aku boleh study dengan bahagia. Maklumlah, panorama hijau.

Masa aku kat UPM kampus Bintulu dulu macam tu jugak. Takdelah macam Kuching or Miri but still boleh hidup 3tahun kat sana. Sayang pulak nak tinggalkan bumi kenyalang. Tapi dah kontrak (cewah) macam tu nak buat macamana Kankan? J

Belum sampai sana lagi, so aku tak tahu nak describe lebih – lebih. Lets see. Eh eh.. sesapa terjumpa blog aku ni yang turut mencari pasal UMK Jeli, tegur – tegur lah aku kat sana nanti. Haha! Semangat.

Well, selamat tinggal UPM, and UMK… here I come!!

3 comments:

Zulaika Azmi said...

ASSALAMUALAIKUM, saya pun dapat sana. SAINS PETERNAKAN, UMK jugak. tapi masalahnya tulah, saya mmg tak minat langsung dgn kos ni. tak mohon pun tetiba dapat. parent saya sgt kecewa bila dpt tau saya dpt kos ni. mereka expect saya amik kos kat uitm ke, um ke. Oh ya, btw,saya lepasan asasi UM. so mmg harapan paling tinggi kat UM lah. tp xde rezeki pulak rupanya. so, saya nak tanya, awak bole bgtau tak peluang kerjaya bidang ni? bg la saya rasa suka kat bidang ni please. kot2 nt kat sana bole la kita lepak berkawan berjimba bersama. hahahaha

iqbal abdul razak said...

InsyaAllah,anda akan berjaya dimana jua..

iqbal abdul razak said...

InsyaAllah boleh.